Khamis, 24 Disember 2009

Adakah hidupku ini diberkati olehMu Ya Allah?

memandangkan ramai yang komplen post sebelum ni panjang, saya dengan rela hatinya telah memendekkan post ini...

yang saya nak smpaikan mudah jer. bawalah pulang ijazah yang halal dan diberkati Allah S.W.T.. bukannya apa... saya tgk ramai di kalangan pelajar2 ni suka sangat meniru dalam peperiksaan. maksud saya bukan ketika final exam sbbnya mase final exam memang pelajar dikawal ketat oleh pegawai pemeriksa tetapi ketika kuiz atau mid sem exam. sebabnye, bile kite menipu dalam exam, secara automatik markah yang kita dapat itu markah haram, dan bila dicampur smua markah kita, kita pun mendapat sijil @ ijazah yang haram...!

meniru ni macam perkara biasa bagi sesetengah pihak. ade yang berbincang sesama sendiri, ade yang bukak buku, ade yang jenguk nota, malahan ade jugak tu yang tulis nota dalam handphone! saya pun xtau la nak cakap macam mana lagi. mereka ni x sayang mak ayah ke? penat2 hantar kita masuk universiti, bagi duit tiap2 bulan, tapi kita balas dgn meniru dalam kuiz?! kalau la ketika kita tgh kuiz tu, mak ayah kita ada kat belakang, sedang memerhatikan kita. kita pulak mase tu tgh sibuk tanye mmber2 pasal jawapan. ape perasaan mereka? kecewa x? pernah x tgk mak ayah kita menangis kecewa? boleh x bayangkan perasaan mereka? susah nak gambarkan kan? mereka dah besarkan kita smpai masuk U tapi kita balas dgn keburukan. adakah itu yang kita mahukan? dan bile kita graduate nnt, mak ayah kita punya la gembira tgk kita berjaya graduate dngan pointer yang tinggi tapi kalaulah mereka tahu kita menipu dalam exam, adakah ibu dan ayah anda akan hadir pada hari konvokesyen anda? fikirkanlah wahai rakan2ku...

ade satu ketika ni, ade kuiz macam biase lah tapi sebelum kuiz bermula, lecturer tu cakap, dia xnak tgk ade orang meniru dalam kuiz tu... kalau x, x berkat kita graduate dgn ijazah kita. lihatlah, sedangkan lecturer sendiri pun x redha kalau kita meniru dalam kuiz, apatah lagi kemurkaan Allah S.W.T kan? nak cerita pasal keberkatan ni, semasa saya belajar di Maahad Johor, ade sorang ustazah ni yang telah memberi kesedaran pada saya tentang akibat buruk meniru dalam exam. dia kata, kalaulah kita meniru, dan kita berjaya, lepas tu kita mohon kerja dengan menggunakan sijil tu, kita dapat gaji, kita beri kepada ahli2 keluarga kita makan, pulak tu, pergi haji pulak dengan duit gaji tu, adakah diterima haji kita itu???

saya ada seorang rakan di USIM yang tidak suka meniru rakannya dalam mana2 exam. tetapi malang baginya, dia selalu dapat markah yang rendah, dan ada subjek yang fail. tetapi pada saya, sekurang2nya, dia telah melakukan yang terbaik dan di atas usahanya sendiri. kalau nak dibandingkan dgn orang yang dapat markah tinggi, tapi bukak nota, bukak buku, tanye kawan, meniru, yang manakah lebih mulia di sisi Allah S.W.T? saya pasti rakan saya yang tidak suka meniru itu pasti akan peroleh kebahagiaan suatu hari nanti dengan keberkatan dari Allah S.W.T.

lagipun, kalaulah orang yang meniru tu dapat markah tinggi, cuba kita x bagi dia meniru. agak2 ape result dia? ha! sama jer dengan rakan saya tu! silap2 lebih teruk dari dia. so, bila kita x meniru, kita tahu kemampuan kita tahap mana dan apa yang kita perlu lakukan untuk memantapkan lagi usaha kita. macam tu lah nnt bila kita dah masuk ke alam pekerjaan. kalaulah kita ni dah biasa menipu dalam pelajaran, nnt dah kerja nnt pun akan terbawa2 perangai yang sama. kita akan mudah menipu dalam pekerjaan dan mudah pecah amanah. adakah itu ciri2 pekerja yang Malaysia mahukan?

pasti ada sebahagian dari kita berfikir, "aku meniru dalam exam (sekian-sekian) kemudian aku mohon masuk U dengan menggunakan sijil itu, jadi awal2 lagi aku pasti tidak akan mendapat ijazah yang Allah berkati sebab aku mohon masuk U dengan sijil haram ni. jadi, buat apa aku jujur lagi dalam exam?" tetapi ingatlah. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. kalaulah kita dah menipu dalam exam sebelum ni, kita bertaubatlah di atas kejahilan kita pasal benda ni sebabnya kita x perasan effect meniru dalam sijil kita. so, nasihat saya untuk semua, kalau yang dah lepas tu, biarlah lepas, kita bertaubat sekarang dan mulakan sem baru, penggal baru dengan azam yang baru sempena tahun 2010, untuk tidak lagi menipu dalam exam. kerana kita mahukan keberkatan dari Allah S.W.T. dari kita hidup sampai la kita mati nanti.