Rabu, 5 Oktober 2011

Sakaratulmaut dan kehidupan selepas roh dicabut...

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama....

Selasa, 6 September 2011

akibat meninggalkan solat dan puasa...

AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT

SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

SIKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT
1. Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR
1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat
4. Adapun siksa kubur, yang akan dialami oleh orang yang lalai dalam shalatnya, disebutkan dalam hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari sahabat Samurah bin Jundab. Dalam hadis tersebut diceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat siksa bagi orang yang lalai dalam shalatnya, iaitu kepalanya akan dipecahkan dengan sebuah batu besar dan hal itu dilakukan berulang kali. (HR. Bukhari)

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka 
AKIBAT TIDAK BERPUASA

Sebuah kisah dari sahabat Abu Umamah Al Bahili radhiyallahu ‘anhu. Beliau (Abu Umamah) menuturkan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata,”Naiklah”. Lalu kukatakan,”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.” (HR. An Nasa’i dalam Al Kubra, sanadnya shahih. Lihat Shifat Shaum Nabi, hal. 25).

Sabtu, 6 Ogos 2011

11 orang yg didoa malaikat...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Selasa, 28 Jun 2011

Indahnya Wanita...~ 19 Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Jumaat, 5 November 2010

Tidur dengan iblis

Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Iblis,siapakah orang yang paling baik sekali padamu?"

Berkata Iblis :"Ya Nabi Allah ,orang yang menjadi saudara maraku yang paling dekat denganku ialah orang-orang yang meniarap ketika tidur(Iblis suka datang dari belakang serta bergayut di belakang manusia)dan orang-orang yang berat matanya hendak di buka ketika waktu subuh untuk mengerjakan sembahyang.Ketika itulah aku peluk dengan kasih sayang dan ku buaikan dia sehingga terbit matahari,demikian juga pada waktu sembahyang yang lain.Aku akan kacau hatinya supaya tidak mengerjakan sembahyang dengan pujuk rayuanku.

Rasulullah SAW memperingatkan kepada umat Islam supaya sewaktu hendak tidur hendaklah sekurang-kurangnya membaca Bismillah ,atau jika boleh hendaklah membaca Surah Al-Fatihah,Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas serta membaca Ayat Kursi,doa tidur dan lain-lain.Ini adalah supaya tidur itu tidak diganggu oleh syaitan dan iblis.Berpandukan hadis Rasulullah SAW:

"Jika engkau hendak ketempat tidur,hendaklah engkau berwuduk sepertimana wuduk untuk menunaikan sembahyang,kemudian baringlah kekanan dan bacalah:Ya Allah ya Tuhanku,aku serahkan diriku kepadamu dan aku hadapkan wajahku kepadamu,aku serahkan perkaraku kepadamu,lindungkan belakangku kepadamu kerana suka dan takutku kepadamu.Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepadamu,aku percaya dengan kitabmu yang engkau turunkan kepada nabimu yang engkau utuskan,dan jadikanlah semua itu penghabisan apa yang engkau katakan."[HR Bukhari & Muslim]


sumber : syok.org

Harimau, 2 Buaya, 2 Tikus & Lebah

Astagfirullahalazim.....Take a few minutes of your time...


UNTUK RENUNGAN BERSAMA ..

Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan
dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar,
kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau
tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi
tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali
tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar
bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat
bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa
tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu
bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar
punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku
nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu
bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah
tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur
nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah
umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.
Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA
SAHBIH AJMA'IN

Step 2:
Hayatilah sedalam-dalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan..


sumber : syok.org

Rabu, 30 Jun 2010

Kisah Cinta Seorang Wanita

Dalam sebuah riwayat yang mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya itu tidak menyedekahkan sesuatu apa-apapun kepada orang lain.

Maka pada suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik itu dengan berkata : “ Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu .”
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar ada orang meminta sesuatu maka dia pun memberi kepada orang itu 3 keping roti.

Dalam perjalanan orang munafik itu telah melihat akan pengemis yang sedang membawa 3 keping roti dan lalu bertanya : “ Dimanakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis itu pun berkata : “ Orang rumah disana itu memberikan kepadaku .”
Setelah orang munafik itu tahu bahawa rumah yang dimaksudkan itu adalah rumahnya maka dengan perasaan marah dia pergi ke rumahnya dengan berkata : “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu kepada sesiapapun ?”

Kemudian isterinya berkata : “ Aku memberikan kepada pengemis itu adalah kerana Allah S.W.T.” Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya maka dia menjadi marah, lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas, kemudian berkata orang munafik itu : “ Berdirilah dan campakkan diri kamu ke dalam api ini kerana Allah .”

Lalu isteri munafik itu memakai perhiasannya, tetapi orang munafik itu berkata : “ Kamu jangan pakai perhiasan –perhiasan ini .” Berkata isteri orang munafik itu : “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku Allah .

Setelah berkata demikian maka isteri orang munafik itu pun terjun ke dalam dapur tempat buat roti, lalu orang munafik itu menutup tudung dapur dan beredar dari situ.
Setelah 3 hari maka orang munafik itupun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa cacat dengan kuasa Allah S.W.T.

Setelah itu orang munafik itu mendengar suara berkata : “ Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami.”

Subhanallah...!!!

Sumber: http://hakaluka.blogspot.com/

Syaitan suka menggoda siapa?

Wahab bin Munabbih berkata bahwa iblis pernah menampakkan diri di depan Yahya bin Zakaria lalu berkata kepadanya, “saya ingin menasehatimu”, beliau menjawab, “bohong, kamu tidak mungkin menasehatiku, tetapi khabarkan kepadaku tentang anak Adam”, iblis berkata, “anak Adam di hadapan saya terbagi menjadi 3 kelompok:

1.kelompok yang paling berat bagi saya yaitu manusia yang tergoda dan terpedaya olehku kemudian beristighfar dan bertaubat, sehingga dia merusak seluruh usahaku. Kemudian saya kembali menggoda lagi tanpa kenal putus asa dan saya tidak menemukan apa yang saya kehendaki

2.kelompok manusia di tangan saya bagaikan bola seperti bola di tangan anak-anak kalian. Saya buat permainan menurut kehendak saya sehingga mereka tidak banyak menyusahkanku

3.kelompok manusia seperti kamu yang tidak mampu saya goda sama sekali

Yahya bin Zakaria berkata, “apakah kamu mampu menggodaku?”, iblis menjawab, “tidak, kecuali sekali saja yaitu pada waktu kamu makan, saya menggodamu hingga kamu makan lebih banyak dari yang kamu inginkan lalu kamu tidur di malam itu hingga terlambat dari shalat dan (kamu) shalat tidak seperti hari biasa”. Yahya berkata, “sudah pasti, mulai sekarang saya tidak akan makan kenyang hingga meniggal”. Iblis berkata kepadanya, “ kalau begitu saya juga sudah pasti tidak akan menasehati manusia setelah kamu”.
(Ibid, hal.245)

Sumber: http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3945

Selasa, 29 Jun 2010

Bunuh diri...kerana cinta?

Baru2 ini ada seorang rakan saya memberitahu tentang seorang lelaki yg terjun bangunan dari tingkat 4 (kalo x silap) kerana terlalu tertekan dek kerana putus cinta... Alhamdulillah lelaki tersebut selamat dan hanya patah kaki... nasib baik x mati... kerana di sini ingain saya menceritakan betapa ruginya jika saudara saudari membunuh diri...

Membunuh diri ataupun membunuh orang lain adalah membunuh manusia seluruhnya. Kerana dia telah membunuh keturunannya yang bakal berkembang biak.

Betapa besar dosa manusia yang bunuh diri, dia bakal memasuki neraka dihari kiamat hingga waktu yang tiada batasnya.

Didalam Al Qur`an disebutkan:

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan berbuat aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya kedalan NERAKA, yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH." (Q.S. An Nisa : 29-30).

Rasulullah SAW bersabda :

"Barang siapa menjatuhkan diri dari sebuah gunung, ia membunuh dirinya, maka ia masuk dalam NERAKA jahannam, ia menjatuhkan diri kedalamnya, kekal lagi dikekalkan selama lamanya. Barang siapa meminum racun untuk membunuh dirinya, maka racun itu dipegangnya, ia minum di neraka jahannam kekal lagi dikekalkan selama lamanya didalamnya. Dan barang siapa membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu dipegangnya, kemudian dia memalu dirinya sendiri di NERAKA jahannam, kekal lagi dikekalkan selama lamanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

maka jika anda pernah berniat untuk membunuh diri kerana terlalu tertekan, seeloknya berfikirlah secara rasional... tiada faedahnya membunuh diri sebaliknya menyebabkan hukuman dipenjara di neraka jahannam untuk selama-lamanya... kalaulah putus cinta, jika rasanya tiada jodoh dengannya, cari sajalah yg lain... pasti ada manusia yg diciptakan yg lebih sesuai untuk anda... insyaAllah jika anda berdoa dan bertawakkal, Allah akan mengurniakan anda dengan jodoh yg terbaik untuk anda... yg penting, carilah jodoh itu kerana agamanya... itulah yg paling penting dari segalanya... kerana orang yg tiada pegangan agama yg kukuh itu pasti akan mnyebabkan rumahtangga porak peranda dan boleh mengakibatkan tekanan perasaan dan akhirnya membunuh diri...

think wise... Allah is watching us 24/7 non-stop...

Rabu, 28 April 2010

17 Kebaikan Sujud

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi serta terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah dsb.

16. Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dsb.

17. Dari sudut perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.

Jadi, tidakkah solat itu satu gaya hidup sihat?
sekian...~

Sumber dari:
http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3819