Jumaat, 5 November 2010

Tidur dengan iblis

Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Iblis,siapakah orang yang paling baik sekali padamu?"

Berkata Iblis :"Ya Nabi Allah ,orang yang menjadi saudara maraku yang paling dekat denganku ialah orang-orang yang meniarap ketika tidur(Iblis suka datang dari belakang serta bergayut di belakang manusia)dan orang-orang yang berat matanya hendak di buka ketika waktu subuh untuk mengerjakan sembahyang.Ketika itulah aku peluk dengan kasih sayang dan ku buaikan dia sehingga terbit matahari,demikian juga pada waktu sembahyang yang lain.Aku akan kacau hatinya supaya tidak mengerjakan sembahyang dengan pujuk rayuanku.

Rasulullah SAW memperingatkan kepada umat Islam supaya sewaktu hendak tidur hendaklah sekurang-kurangnya membaca Bismillah ,atau jika boleh hendaklah membaca Surah Al-Fatihah,Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas serta membaca Ayat Kursi,doa tidur dan lain-lain.Ini adalah supaya tidur itu tidak diganggu oleh syaitan dan iblis.Berpandukan hadis Rasulullah SAW:

"Jika engkau hendak ketempat tidur,hendaklah engkau berwuduk sepertimana wuduk untuk menunaikan sembahyang,kemudian baringlah kekanan dan bacalah:Ya Allah ya Tuhanku,aku serahkan diriku kepadamu dan aku hadapkan wajahku kepadamu,aku serahkan perkaraku kepadamu,lindungkan belakangku kepadamu kerana suka dan takutku kepadamu.Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepadamu,aku percaya dengan kitabmu yang engkau turunkan kepada nabimu yang engkau utuskan,dan jadikanlah semua itu penghabisan apa yang engkau katakan."[HR Bukhari & Muslim]


sumber : syok.org

Harimau, 2 Buaya, 2 Tikus & Lebah

Astagfirullahalazim.....Take a few minutes of your time...


UNTUK RENUNGAN BERSAMA ..

Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan
dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar,
kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau
tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi
tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali
tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar
bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat
bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa
tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu
bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar
punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku
nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu
bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah
tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur
nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah
umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.
Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA
SAHBIH AJMA'IN

Step 2:
Hayatilah sedalam-dalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan..


sumber : syok.org

Rabu, 30 Jun 2010

Kisah Cinta Seorang Wanita

Dalam sebuah riwayat yang mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya itu tidak menyedekahkan sesuatu apa-apapun kepada orang lain.

Maka pada suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik itu dengan berkata : “ Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu .”
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar ada orang meminta sesuatu maka dia pun memberi kepada orang itu 3 keping roti.

Dalam perjalanan orang munafik itu telah melihat akan pengemis yang sedang membawa 3 keping roti dan lalu bertanya : “ Dimanakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis itu pun berkata : “ Orang rumah disana itu memberikan kepadaku .”
Setelah orang munafik itu tahu bahawa rumah yang dimaksudkan itu adalah rumahnya maka dengan perasaan marah dia pergi ke rumahnya dengan berkata : “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu kepada sesiapapun ?”

Kemudian isterinya berkata : “ Aku memberikan kepada pengemis itu adalah kerana Allah S.W.T.” Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya maka dia menjadi marah, lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas, kemudian berkata orang munafik itu : “ Berdirilah dan campakkan diri kamu ke dalam api ini kerana Allah .”

Lalu isteri munafik itu memakai perhiasannya, tetapi orang munafik itu berkata : “ Kamu jangan pakai perhiasan –perhiasan ini .” Berkata isteri orang munafik itu : “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku Allah .

Setelah berkata demikian maka isteri orang munafik itu pun terjun ke dalam dapur tempat buat roti, lalu orang munafik itu menutup tudung dapur dan beredar dari situ.
Setelah 3 hari maka orang munafik itupun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa cacat dengan kuasa Allah S.W.T.

Setelah itu orang munafik itu mendengar suara berkata : “ Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami.”

Subhanallah...!!!

Sumber: http://hakaluka.blogspot.com/

Syaitan suka menggoda siapa?

Wahab bin Munabbih berkata bahwa iblis pernah menampakkan diri di depan Yahya bin Zakaria lalu berkata kepadanya, “saya ingin menasehatimu”, beliau menjawab, “bohong, kamu tidak mungkin menasehatiku, tetapi khabarkan kepadaku tentang anak Adam”, iblis berkata, “anak Adam di hadapan saya terbagi menjadi 3 kelompok:

1.kelompok yang paling berat bagi saya yaitu manusia yang tergoda dan terpedaya olehku kemudian beristighfar dan bertaubat, sehingga dia merusak seluruh usahaku. Kemudian saya kembali menggoda lagi tanpa kenal putus asa dan saya tidak menemukan apa yang saya kehendaki

2.kelompok manusia di tangan saya bagaikan bola seperti bola di tangan anak-anak kalian. Saya buat permainan menurut kehendak saya sehingga mereka tidak banyak menyusahkanku

3.kelompok manusia seperti kamu yang tidak mampu saya goda sama sekali

Yahya bin Zakaria berkata, “apakah kamu mampu menggodaku?”, iblis menjawab, “tidak, kecuali sekali saja yaitu pada waktu kamu makan, saya menggodamu hingga kamu makan lebih banyak dari yang kamu inginkan lalu kamu tidur di malam itu hingga terlambat dari shalat dan (kamu) shalat tidak seperti hari biasa”. Yahya berkata, “sudah pasti, mulai sekarang saya tidak akan makan kenyang hingga meniggal”. Iblis berkata kepadanya, “ kalau begitu saya juga sudah pasti tidak akan menasehati manusia setelah kamu”.
(Ibid, hal.245)

Sumber: http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3945

Selasa, 29 Jun 2010

Bunuh diri...kerana cinta?

Baru2 ini ada seorang rakan saya memberitahu tentang seorang lelaki yg terjun bangunan dari tingkat 4 (kalo x silap) kerana terlalu tertekan dek kerana putus cinta... Alhamdulillah lelaki tersebut selamat dan hanya patah kaki... nasib baik x mati... kerana di sini ingain saya menceritakan betapa ruginya jika saudara saudari membunuh diri...

Membunuh diri ataupun membunuh orang lain adalah membunuh manusia seluruhnya. Kerana dia telah membunuh keturunannya yang bakal berkembang biak.

Betapa besar dosa manusia yang bunuh diri, dia bakal memasuki neraka dihari kiamat hingga waktu yang tiada batasnya.

Didalam Al Qur`an disebutkan:

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan berbuat aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya kedalan NERAKA, yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH." (Q.S. An Nisa : 29-30).

Rasulullah SAW bersabda :

"Barang siapa menjatuhkan diri dari sebuah gunung, ia membunuh dirinya, maka ia masuk dalam NERAKA jahannam, ia menjatuhkan diri kedalamnya, kekal lagi dikekalkan selama lamanya. Barang siapa meminum racun untuk membunuh dirinya, maka racun itu dipegangnya, ia minum di neraka jahannam kekal lagi dikekalkan selama lamanya didalamnya. Dan barang siapa membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu dipegangnya, kemudian dia memalu dirinya sendiri di NERAKA jahannam, kekal lagi dikekalkan selama lamanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

maka jika anda pernah berniat untuk membunuh diri kerana terlalu tertekan, seeloknya berfikirlah secara rasional... tiada faedahnya membunuh diri sebaliknya menyebabkan hukuman dipenjara di neraka jahannam untuk selama-lamanya... kalaulah putus cinta, jika rasanya tiada jodoh dengannya, cari sajalah yg lain... pasti ada manusia yg diciptakan yg lebih sesuai untuk anda... insyaAllah jika anda berdoa dan bertawakkal, Allah akan mengurniakan anda dengan jodoh yg terbaik untuk anda... yg penting, carilah jodoh itu kerana agamanya... itulah yg paling penting dari segalanya... kerana orang yg tiada pegangan agama yg kukuh itu pasti akan mnyebabkan rumahtangga porak peranda dan boleh mengakibatkan tekanan perasaan dan akhirnya membunuh diri...

think wise... Allah is watching us 24/7 non-stop...

Rabu, 28 April 2010

17 Kebaikan Sujud

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi serta terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah dsb.

16. Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dsb.

17. Dari sudut perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.

Jadi, tidakkah solat itu satu gaya hidup sihat?
sekian...~

Sumber dari:
http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3819

Surat Berantai yg membawa sial?

saya ada mendapat banyak message di dalam friendster, di dalam facebook, dan juga salinan photostat dari rakan dan orang awam mengenai surat berantai... ade sebahagian surat berantai itu yg mengandungi dakwah2 islamiah yg patut kita ketahui... ade juga sebahagian surat berantai yg menegah kita dari melakukan kemungkaran...

saya setuju dengan surat2 itu tetapi saya tidak suka cara surat itu disampaikan malah boleh mengakibatkan kufur kepada Allah S.W.T... kenapa saya berkata demikian?

di sini saya sertakan salah satu surat berantai yg baru diterima melalui Facebook:

"BERITA PENTING

BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA..

"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba
sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan
Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:

1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya
2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.
3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.
"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia.

Pesanan nabi:
a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.
b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu.
c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.
d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.


PERHATIAN:
Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalin/mengcopyny a untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan / kiamat. Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa.
Dan barang siapa yang menyebarkan surat ini sebanyak 20 (dua puluh) lembar dan disebarkan kepada teman-teman / rekan-rekan anda. Atau Masyarakat Islam sekitarnya, maka percayalah anda akan memperoleh keuntungan setelah dua minggu kemudian. Telah terbukti pada seorang pengusaha di Bandung, setelah membaca dan menyalinnya juga menyebarkan sebanyak 20 (dua puluh) lembar, maka dalam jangka waktu 2 (dua) minggu kemudian, dia mendapat keuntungan yang sangat luarbiasa besarnya. Sedangkan terhadap orang yang menyepelekannya dan membuang surat ini, dia mendapat musibah yang besar yaitu kehilangan sesuatu harta/benda yang sangat dicintai dan disayanginya.

Perlu diingat kalau kita sengaja tidak memberitahukan surat ini kepada orang lain, maka tunggulah saatnya nasib apa yang akan anda alami, dan jangan menyesal apabila mendapat bencana secara tiba-tiba atau kerugian yang sangat besar. Sebaliknya jika Anda segera menyalin/mengcopyny a dan menyebarkannya kepada orang lain, maka anda akan mendapatkan keuntungan besar atau rezeki yang tiada disangka-sangka..

Surat ini ditulis S.T.. STAVIA sejak itu surat ini menjelajah dan mengelilingi dunia, dan pada akhirnya sampai kepada Anda. Percayalah beberapa hari lagi sesuatu akan datang kepada Anda dan keluarga Anda.

KEJADIAN-KEJADIAN YANG TELAH TERBUKTI

1. Tun Datu Mustafa Mantan Menteri Sabah Malaysia, dipecat dari jabatannya karena beliau lupa setelah menerima surat ini, tidak menyebarkannya, kemudian beliau ingat surat ini, lalu beliau menyalinnya dan menyebarkannya sebanyak 20 lembar. Beberapa lama kemudian beliau dilantik kembali menjadi menteri Kabinet "


jadi dalam surat ini menceritakan untuk kebaikan... tetapi dalam surat ini mereka mewajibkan si pembaca untuk menyebarkan risalah ini kepada orang lain kalau tidak, si pembaca akan menimpa musibah atau bala yg besar... tetapi pada hakikatnya, pada pandangan saya, ini adalah helah dari orang2 kafir...

kenapa saya berkata begitu? sebabnya, jika kita percaya pada bala yg bakal menimpa orang yg tidak menyebarkan risalah ini, maka kita akan kufur kepada Allah kerana segala rezeki dan bala itu datang dari Allah, bukan dari surat berantai tersebut...

Orang2 kafir cuba menyesatkan umat islam dengan mencipta surat berantai ini dan diselitkan dengan kalimah Allah dan dakwah2 Ilmiah supaya umat Islam kabur pandangannya dan mudah percaya pada bala yg bakal menimpa mereka jika tidak menyebarkan risalah ini...

memang tidak salah untuk menyebarkan risalah ini malah mendapat pahala yg sangat besar TETAPI haruslah dipadam ayat2 yang memberitahu bahawa si pembaca akan ditimpa bala jika tidak menyebarkannya...

maka jika anda juga menerima surat berantai yg sama, atau seumpamanya, jangan mudah terpedaya dengan kata2 mereka bahawa bala akan menimpa pembaca yg tidak menyebarkan risalah itu... sekian terima kasih...~

Ahad, 25 April 2010

Siksaan bagi sentuhan tangan lelaki dan wanita...

setiap kali aku g jalan2 kat KL, or balik JB dari Seremban, mata aku xkan miss dari melihat ramai kapel2 yg berjalan bersama2 sambil pegang tangan dengan mesra... kononnya nak menunjuk2, nak lebih bahagia, nak lebih sayang... tapi hakikatnya, pada pandangan saya, kapel2 seperti ini adalah kapel2 yang bodoh...

kenapa sy kata ini sebagai bodoh? kenyataannya:

"barangsiapa lelaki dan wanita yg bukan mahram itu menyentuh tangan, bersalaman atau memimpin tangan dengan sengaja, maka di akhirat kelak, siksaannya adalah tangan kedua2 orang itu akan dicucuk dengan besi yang sangat panas, dan dicucuk sehingga melecur, sehingga menusuk, sehingga tembus tangannya, sehingga patah tulang2 di tangannya"

korang x nampak ke? betapa dasyatnye siksaan itu... itu baru sekali pegang beb! kalau banyak kali pegang tangan? pastu pegang lama pulak tu... memang habis la tangan korang nnt... bodoh... bodoh...

tapi ade segelintir masalah yg berlaku, antaranya kalau sorang makcik ni yg nak berterima kasih kat kita pastu die nak salam, so, kite nak elak ke? Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan muhrim ini bahkan Rasulullah sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih golongan pengaku sebagai pengikut Sunnah tidak menghidupkan sunnah Nabi, Nabi tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim.

Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. berkata: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Dalil kedua,Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

sumber dari:
http://mksuzana.vox.com/library/post/hukum-bersalam-lelaki-dengan-wanita-ajnabiyah-yang-bukan-muhrim.html

Nikmat dan Siksa Kubur...

Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."

Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

* Menjaga sembahyang lima waktu
* Banyak bersedekah
* Banyak membaca al-quran
* Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

* Dusta
* Khianat
* Adu-adu
* Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

sumber dari:
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/siksaalamkubur.htm

Kalimah 'LailahaillAllah'

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah darimulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaanitu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah.

Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sumber:
http://www.scribd.com/doc/3125672/Hikmah-Disebalik-Mengucapkan-lafaz-Lailahaillallah

Sabtu, 20 Mac 2010

Tudung....aurat?

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

kerana ramai wanita zaman sekarang pakai tudung tapi tudungnya singkat... jadi, labuhkanlah tudung anda kerana para lelaki tersiksa menjaga mata mereka setiap hari... bantulah orang lelaki...

lagi satu, sy x ske tgk perempuan yang pakai tudung yg kainnye jarang... sebabnye, kite bleh nampak telinga die dgn jelas... jadi, ape salahnye beli tudung yang mahal sikit yang kainnye x jarang... dan 1 lagi, skang ni pun, dah macam2 fesyen tudung dah yang keluar kat Malaysia nie... yg bermasalahnyer, ade pulak tu yg tudung jenis nampak lehernye, nampak rambutnye sikit, tudungnye singkat, kainnye jarang, haish! macam2 la! siapa yg buat tudung macam ni?! adakah orang tu nak untung saja? adakah orang tu nak mendorong wanita untuk bertudung? ataupun adakah orang itu sengaja mahu menyesatkan anda dengan kecantikan??????? tolong lah kawan2ku... fikir2kanlah... jawapan itu ada pada anda...

kadang2 pun, seringkali kite terdgr kes rogol yg x henti2... puncanya? adakah nafsu buas lelaki sahaja menjadi punca? jawapannya TIDAK! TIDAK msama sekali... kerana pada pandangan saya, puncanya juga datang dari wanita juga... wanita yang berpakaian seksi, yg memakai pakaian ketat, tudung yg singkat hingga tidak menutupi dada, senang kata yang x menutup aurat dgn sempurna la...

Di dalam peristiwa Mi’raj Rasulullah ke langit, baginda telah melihat gambaran hukuman yang dikenakan ke atas wanita yang tidak menjaga aurat ini. Ada wanita yang menangis-nangis meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang membantunya - ini lah hukuman bagi wanita yang berhias untuk selain suaminya. Dan ada wanita yang tergantung dirinya pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk yang panas – inilah hukuman kepada wanita yang tidak menutup aurat termasuk rambutnya. Ada juga wanita yang mukanya HITAM dan MEMAMAH isi perutnya sendiri – inilah hukuman terhadap wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki.

Jumaat, 1 Januari 2010

Amar Makruf wa Nahyi 'anil Munkar - Tanggungjawab semua manusia.

kali ni saya xnak tulis panjang2. simple je ayat saye. tapi hayatilah dengan baik.

1. bilamana anda bangun untuk solat subuh, tetapi anda tidak mengejutkan rakan anda untuk solat subuh, anda adalah insan yang akan masuk ke neraka.

2. bilamana anda lihat ayah anda minum arak, tetapi anda membiarkannya sahaja, anda adalah orang yang akan masuk ke neraka.

3. bilamana anak anda keluar melakukan maksiat tanpa diendahkan oleh anda, anda adalah orang yang akan masuk ke neraka.

4. bilamana kakak anda keluar berjalan tanpa menutup aurat tetapi tidak diendahkan oleh anda, anda adalah insan yang akan masuk ke neraka.

5. bilamana anda mendengar rakan anda menyebar fitnah, tetapi anda tidak mencegahnya dari terus menyebarkan fitnah (mengumpat pun sama jugak), maka anda adalah insan yang akan masuk ke neraka.

kita ambil contoh yang pertama tu, kalaulah kita kejutkan kawan kita, tapi dia tidur balik, kita tetap akan masuk ke neraka. kita hanya akan terlepas dari hukuman neraka hanya jika rakan kita itu bangun dan melakukan solat subuh. kalau terpaksa tarik dia, tariklah! bagi dia bangun. sebab kalau anda x sampai hati nak tarik dia, lalu anda membiarkannya sajaha, nnt kat akhirat, dia tidak akan bagi muka pada anda. dia akan barkata pada Allah S.W.T "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak solat subuh kerana kawan aku tidak mengejutkan aku, maka dia yang berdosa. kalau sungguhpun dia telah mengejutkan aku, kenapa dia tidak tarik aku pergi mengambil wudhuk, tidak membawa aku turun dari katil aku? maka aku tidak bersalah tetapi dia yang bersalah!!!" ketika itu, anda yang hampir selangkah untuk masuk ke pintu syurga telah diheret masuk ke neraka dan rakan anda akan masuk ke pintu syurga.

begitu juga dengan contoh yang nombor 3 tu. kalau kita dah ada anak nanti, didiklah anak kita dengan sebaik2nya. kalaulah kita biarkan anak kita buat maksiat (x tutup aurat ke, merompak ke, mencuri ke, berzina ke, minum arak dan sebagainya), nnt kat akhirat kita yang akan masuk ke neraka.

roomate saya, bila saya bangun subuh, saya akan kejutkan dia sampai dia bangun dan solat subuh. kalau dia berkeras xnak bangun, saya akan marah dia. sebabnye saye xnak nnt kat akhirat dia yang akan heret saya masuk ke neraka. so, kalau saya boleh buat, mengapa tidak anda?

jadi kesimpulannya di sini, TOLONG la amalkan Amar Makruf wa Nahyi 'anil Munkar kalau anda xnak masuk neraka...! dan x kiralah apa maksiat sekalipun, kalau kita nampak, cegahlah! jangan takut! lawan rasa takut tu, x kira la kawan2 atau keluarga, kita ajak mereka untuk tidak sekali2 melakukan dosa dan ajaklah mereka kepada kebenaran. sesungguhnya jika kita menegakkan seorang Muslim ke jalan yang benar, pahalanya adalah lebih besar daripada mengislamkan 10 orang kafir.