Jumaat, 1 Januari 2010

Amar Makruf wa Nahyi 'anil Munkar - Tanggungjawab semua manusia.

kali ni saya xnak tulis panjang2. simple je ayat saye. tapi hayatilah dengan baik.

1. bilamana anda bangun untuk solat subuh, tetapi anda tidak mengejutkan rakan anda untuk solat subuh, anda adalah insan yang akan masuk ke neraka.

2. bilamana anda lihat ayah anda minum arak, tetapi anda membiarkannya sahaja, anda adalah orang yang akan masuk ke neraka.

3. bilamana anak anda keluar melakukan maksiat tanpa diendahkan oleh anda, anda adalah orang yang akan masuk ke neraka.

4. bilamana kakak anda keluar berjalan tanpa menutup aurat tetapi tidak diendahkan oleh anda, anda adalah insan yang akan masuk ke neraka.

5. bilamana anda mendengar rakan anda menyebar fitnah, tetapi anda tidak mencegahnya dari terus menyebarkan fitnah (mengumpat pun sama jugak), maka anda adalah insan yang akan masuk ke neraka.

kita ambil contoh yang pertama tu, kalaulah kita kejutkan kawan kita, tapi dia tidur balik, kita tetap akan masuk ke neraka. kita hanya akan terlepas dari hukuman neraka hanya jika rakan kita itu bangun dan melakukan solat subuh. kalau terpaksa tarik dia, tariklah! bagi dia bangun. sebab kalau anda x sampai hati nak tarik dia, lalu anda membiarkannya sajaha, nnt kat akhirat, dia tidak akan bagi muka pada anda. dia akan barkata pada Allah S.W.T "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak solat subuh kerana kawan aku tidak mengejutkan aku, maka dia yang berdosa. kalau sungguhpun dia telah mengejutkan aku, kenapa dia tidak tarik aku pergi mengambil wudhuk, tidak membawa aku turun dari katil aku? maka aku tidak bersalah tetapi dia yang bersalah!!!" ketika itu, anda yang hampir selangkah untuk masuk ke pintu syurga telah diheret masuk ke neraka dan rakan anda akan masuk ke pintu syurga.

begitu juga dengan contoh yang nombor 3 tu. kalau kita dah ada anak nanti, didiklah anak kita dengan sebaik2nya. kalaulah kita biarkan anak kita buat maksiat (x tutup aurat ke, merompak ke, mencuri ke, berzina ke, minum arak dan sebagainya), nnt kat akhirat kita yang akan masuk ke neraka.

roomate saya, bila saya bangun subuh, saya akan kejutkan dia sampai dia bangun dan solat subuh. kalau dia berkeras xnak bangun, saya akan marah dia. sebabnye saye xnak nnt kat akhirat dia yang akan heret saya masuk ke neraka. so, kalau saya boleh buat, mengapa tidak anda?

jadi kesimpulannya di sini, TOLONG la amalkan Amar Makruf wa Nahyi 'anil Munkar kalau anda xnak masuk neraka...! dan x kiralah apa maksiat sekalipun, kalau kita nampak, cegahlah! jangan takut! lawan rasa takut tu, x kira la kawan2 atau keluarga, kita ajak mereka untuk tidak sekali2 melakukan dosa dan ajaklah mereka kepada kebenaran. sesungguhnya jika kita menegakkan seorang Muslim ke jalan yang benar, pahalanya adalah lebih besar daripada mengislamkan 10 orang kafir.